Berita Terkini
recent

Masih terkenang Valderrama

Walaupun sudah setahun menamatkan hubungan dengan Wilmer Valderrama, penyanyi Demi Lovato mengakui sentiasa merindui pelakon itu.

Malah, penyanyi berusia 25 tahun itu masih tertanya-tanya adakah keputusannya berpisah dengan Valderrama tindakan betul.

Pengakuan itu dikongsi Demi menerusi dokumentari Demi Lovato: Simply Complicated yang kini boleh disaksikan di YouTube.

Pada Selasa lalu, penyanyi Sorry Not Sorry itu berkata bukan mudah untuk melupakan hubungan yang terjalin selama enam tahun.

“Ada kalanya apabila kesunyian lewat malam, saya mula terfikir adakah keputusan ini betul.

“Cinta ibarat berjudi. Saya kurang pasti sekiranya dia akan hilang daripada hidup. Rasanya, hati saya sentiasa bersama dia,” katanya.

Ujar Demi lagi, dia sangat yakin tidak akan berjumpa dengan lelaki sebaik Valderrama malah berasakan mereka masih serasi dalam banyak perkara.

Mengenai perkembangan karier seninya pula, Demi bakal mengadakan konsert jelajahnya bersama penyanyi DJ Khaled di Amerika Syarikat, tahun depan.

Konsert itu bagi mempromosikan album barunya, Tell Me You Love Me dan persembahan pertamanya bermula di San Diego pasa 26 Februari nanti.

Dia kemudian akan meneruskan jelajahnya ke Dallas, Brooklyn, Boston, Miami dan beberapa bandar lain di Amerika Syarikat.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.