Berita Terkini
recent

Mark O’Dea sedia dikritik

BINTANG laman sosial YouTube, Mark O’Dea bersedia menerima kritikan apabila diberi tanggungjawab menggalas watak Mr James Blond dalam sitkom Oh! My English Level-Up.

Bahkan, hos program 8TV Quickie ini mengakui tidak kisah jika penonton membanding-bandingkan lakonannya dengan watak Mr Middleton yang dijayakan Zain Saidin.




“Mr James Blond adalah watak terbaru yang bakal menggantikan Mr Middleton dalam sitkom ini. Karakternya juga sedikit berbeza walaupun dia juga seorang guru bahasa Inggeris.


“Tapi, apa-apa pun, saya dah ready malah tak kisah jika ada yang nak membandingkan saya. Lagipun, susahkan nak puaskan hati semua orang? Mesti ada segelintir yang tak suka (ketawa),” katanya kepada Media Hiburan.


Bukan itu sahaja, Mark juga sanggup mewarnakan rambutnya demi penuhi kehendak watak.

"Sebagai guru, saya diperlukan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dan itu sememangnya tak ada masalah.

"Tapi saya harus warnakan (blonde) rambut saya. Mulanya saya rasa sayang dan berat hati kerana rambut asal saya berwarna coklat, tapi saya akhirnya rela lakukan demi watak ini," katanya.

Bagaimanapun, anak kelahiran England ini mengakui teruja malah anggap tawaran itu peluang keemasan.

Pada masa sama, Mark juga berharap dapat mengembangkan bakat lakonannya. 

“Sebelum ini, saya pernah menontonnya dalam satu episod yang menampilkan ahli gusti WWE, The Miz dan saya merupakan peminatnya. Saya dapati program ini juga sangat bagus kerana berunsurkan pembelajaran dalam bahasa Inggeris dan di England pun jarang ada sitkom seperti ini.

“Lagi pula, inilah kali pertama saya terbabit dalam program bahasa Melayu, jadi saya harap ia akan membuka peluang kepada saya seterusnya,” katanya.

Sitkom Oh! My English-Level Up kembali riuh rendah dengan barisan pelajar dan guru baru di SMK Ayer Dalam.

Selain Mark, sitkom ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Adibah Noor, Nadiya Nisaa, Fimie Don, Juzzthin, Taukeh (Raja Lawak) dan ramai lagi dan bersiaran pada jam 6.30 petang di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135) bermula 1 Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain, Mark bakal sibuk dengan penggambaran  program travelog pada November depan.

“Program ini sangat mencabar kerana saya perlu menjayakan misi pendakian ke Annapurna Base Camp (ABC) di Nepal,” katanya sambil tersenyum.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.