Berita Terkini
recent

Mark Adam Sedia Terima Anak Angkat Dengan Hati Terbuka

Penyanyi lelaki yang berasal dari Filipina, Mark Adam berkata kepada satu sumber bahawa dia bersedia untuk mengambil anak angkat.

Buat pengetahuan semua, Mark dan isterinya sudah 14 tahun mendirikan rumah tangga namun begitu mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk mendapat cahaya mata.

Mark berkata, mereka masih mencuba sehabis baik untuk mendapatkan cahaya mata namun itu semua bergantung kepada rezeki dan mereka hanya berserah kepada yang Maha Esa.

“Tidak pernah saya marah, sedih atau terkilan kalau ditanya perkara ini (anak) sebab semua pun ingin tahu tentang kehidupan peribadi saya.

“Sebelum ini kami pernah dikurniakan anak angkat namun rezeki tidak menyebelahi kami apabila ada beberapa perkara yang tidak diingini,” katanya.

Penyanyi ini berkata lagi biarlah mereka sahaja yang mengetahui kisah itu dan tidak perlu untuk diungkit semula.

Namun begitu, Mark berkata dia tidak menolak jika ada sesiapa yang ingin memberi mereka anak angkat.

“Kalau ada yang ingin memberikan kami anak angkat, saya akan terima dengan hati terbuka,” katanya.

Beberapa hari yang lalu, Mark baru sahaja menyambut hari jadi yang ke-38 dan satu kejutan majlis hari jadi telah dilakukan untuk meraikan dirinya.

Menurut Mark, hajatnya sempena hari jadi ini adalah berdoa diberi kesejahteraan dan kebahagian keluarganya terutama buat ibu dan isteri.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.