Berita Terkini
recent

“Mana Ada Hilang!” – Along Zaimi

PEMENANG tempat ketiga program realiti Mentor Milenia 2017, Along Zaimi menafikan kerjaya seninya sudah 'mati' setelah berakhirnya rancangan tersebut.

Along atau nama sebenar Mohamad Rozaimi Rosli, 21, memaklumkan dia masih menerima banyak undangan persembahan dan sedang mempromosikan single terbaharu berjudul Menolak Hatiku.
"Mana ada hilang! Saya masih menerima tawaran nyanyian dan undangan menjayakan persembahan pentas.

"Mungkin orang nampak saya jarang muncul di televisyen, tapi hakikatnya saya terima banyak persembahan luar.

"Kalau orang cakap saya tak ada job, mesti dia tak mengikuti laman sosial saya dan tak tahu aktiviti seni saya setiap hari. Jadi, jangan lupa follow Instagram saya @alongzaimi ya," katanya .

Sementara itu, Along turut meluahkan rasa teruja kerana pengorbanannya menuntut ilmu selama tiga tahun akhirnya mendapat kejayaan apabila dia mengenggam Diploma Muzik daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Tanjung Malim Perak, pada Rabu lepas.

Katanya, segala penat lelah dan kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil.

"Alhamdulillah, pengorbanan yang tak sia-sia. Kejayaan ini adalah untuk kedua ibu bapa saya Rozita Mat Lazim dan Rosli Harun.

"Bagi saya, ini adalah permulaan hidup saya setelah berdepan dengan cabaran sepanjang bergelar pelajar kerana dalam masa yang sama menjadi seorang penyanyi," katanya.

Anak didik kepada penyanyi Tomok ini turut memasang impian menyambung pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang seni persembahan.

Ujarnya, menjadi seorang penyanyi turut memerlukan dia memiliki ilmu pengetahuan berkaitan muzik dan ingin terus belajar.

"Sebagai penyanyi, kita perlu ada ilmu dan bukan sekadar menyanyi ikut sedap sahaja.

"Ada yang ingat bila saya belajar di UPSI, saya nak jadi pendidik. Tapi sebenarnya tidak, saya nak jadi seorang komposer!," katanya.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.