Berita Terkini
recent

“Mana Ada Bercinta” – Dara Komen Gosip Dengan G-Dragon

BEKAS anggota kumpulan 2NE1, Sandara Park menafikan gosip cinta yang bertebaran antara dirinya dengan ketua kumpulan BigBang, G-Dragon.

Menurut laman portal hiburan Koreaboo, Dara mengeluarkan kenyataan tersebut ketika sesi temu bual di Filipina, baru-baru ini.

"Saya tak faham kenapa ramai orang anggap kami bercinta.

"Saya dan GD sangat rapat seperti ahli keluarga. Tiada hubungan istimewa antara kami," ujar Dara.
Gosip percintaan mereka sudah lama bertebaran dan semakin hangat diperkatakan apabila Dara menyertai GD sewaktu bintang itu membuat persembahan di Filipina dan Malaysia baru-baru ini.

Malah, ia turut mendapat perhatian peminat yang berharap ia menjadi realiti.
Agensi pengurusan mereka, YG Entertainment turut mengeluarkan kenyataan bagi menafikan gosip cinta tersebut.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.