Majlis Nikah Adib-Izarah Secara Tertutup

Pasangan sensasi Adib Khalid dan aktres Izara Aishah bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 17 November ini.

Menerusi laporan Utusan online, Adib yang juga anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza berkata, majlis akad nikah dia dan Izara akan dilangsungkan dalam satu majlis tertutup khusus untuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Pasangan berkenaan juga akan diraikan dalam majlis persandingan sebelah lelaki dua hari kemudian.

"Pada masa ini, segala persiapan sedang giat kami lakukan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” kata Adib.

Adib dan Izara sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Julai lalu dan kedua-duanya juga akan mengikut kursus pernikahan pada hujung minggu ini.


"Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan,” kata Adib lagi.

Adib juga memberitahu, dia dan Izara belum membuat keputusan destinasi bulan madu mereka kerana pada masa ini masing-masing sibuk memberi tumpuan pada majlis istimewa itu.
Majlis Nikah Adib-Izarah Secara Tertutup Majlis Nikah Adib-Izarah Secara Tertutup Reviewed by Kakigosip on 14:10:00 Rating: 5
Powered by Blogger.