Berita Terkini
recent

Main Cinta Dengan Dua Lelaki

Aktres filem Fifty Shades of Grey, Dakota Johnson dikhabarkan sedang bercinta dengan dua jejaka popular dalam masa yang sama.



Menurut laporan Hollywood Life, aktres jelita itu dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin.

Dakota dan Chris dilihat menikmati makan malam romantik di sebuah restoran di Los Angeles sekitar awal bulan lalu.

Spekulasi percintaannya dengan seorang lagi jejaka timbul apabila Dakota turut dilihat berhibur dengan pelakon Mad Men iaitu John Hamm di Hotel Central Park, pada 5 Oktober lalu.

Berita ini menimbulkan spekulasi bahawa Dakota sedang bercinta dengan dua jejaka dalam satu masa.

Dakota sebelum ini dilaporkan berpisah dengan kekasihnya, Matthew Hill tahun lalu kerana percanggahan jadual kerjaya sehingga tidak mampu memberi tumpuan hubungan mereka.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.