Berita Terkini
recent

‘Macam mana la nak maju’ – Fathia Latiff

Pasti ramai yang mengikuti perkembangan artis jelita ini kan. Namanya semakin disebut-sebut kerana telah mencetuskan pelbagai kontroversi.

Malang buat Fathia Latiff sekali lagi namanya dihentam teruk oleh netizen apabila memuatnaik satu status yang menunjukkan dirinya keliru dengan maksud cashless.

Rata-rata netizen menganggap pelakon berkenaan tidak faham maksud perkataan berkenaan, malah tidak membaca berita terbabit terlebih dahulu sebelum memberi pendapatnya kepada umum.

Kemungkinan besar Fathia tertukar sistem barter dan cashless, di mana kita tidak perlu menggunakan wang tunai, sebaliknya hanya perlu menggunakan kad untuk membuat sebarang pembayaran.
Adakah Fathia benar-benar tidak tahu maksud cashless atau sengaja ingin mencuri perhatian?

Bagaimanapun, menerusi entri terbaru miliknya di Twitter, Fathia berkata dia hanyalah menulis tweet dalam bentuk sarkastik dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu, bukanlah dia tidak faham dengan kenyataan yang diutarakan Menteri Belia dan Sukan itu.

“Do u know the meaning of sarcasm? Chill guys. Keje nak marah je. Macam mana la nak maju,” ujar Fathia di Twitter.

Malah, pelakon drama Ariana Rose itu juga menegaskan segala kecaman yang diterima tidak mematahkan semangatnya.

Namun, di ruangan komen entri itu tetap dipenuhi dengan komen yang negatif daripada pengikutnya. Mungkin orang ramai menilai dari perkataan pertama daripada Fathia.

Sepatutnya Fathia jika ingin menulis sebarang tweet sarkastis selepas ini, perlu menulis secara terang-terang. Barulah netizen akan faham.

Kakigosip pasti seseorang seperti Fathia yang berpelajaran tinggi memahami apa itu Cashless. Diharap dengan segala penjelasan aktres cantik ini, dia tidak lagi dikecam.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.