Berita Terkini
recent

Lupita Nyong’o Mangsa Gangguan Seksual Penerbit Filem

AKTRES Lupita Nyong'o menjadi selebriti terbaharu tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa gangguan seksual melibatkan produser filem terkenal iaitu Harvey Weinstein.

Bercakap kepada New York Times, Nyong'o memberitahu Weinstein mahu mengurut badannya sewaktu sesi tayangan filem di kediaman penerbit itu.

Dedahnya lagi, Weinstein juga mahu menanggalkan seluarnya dihadapannya menyebabkan aktres itu bergegas pulang kerana berasa tidak selesa dengan tindakannya itu.

Nama Harvey Weinstein menjadi panas selepas ramai selebriti wanita tampil mendedahkan menjadi mangsa gangguan seksual penerbit itu.

Nyong'o yang mahu melupakan peristiwa itu bagaimanapun berani untuk mendedahkannya kerana ramai selebriti lain tampil membuat tindakan sama.

Pendedahan mengenai gangguan seksual Weinstein bermula apabila Ashley Judd mendedahkan perkara itu di Instagram miliknya baru-baru ini.

Sejak itu, lebih ramai aktres tampil memberitahu pernah menjadi mangsa Harvey seperti Gwyneth Paltrow, Angelina Jolie, Mira Sorvino, Lucia Evans, Jessica Barth selain model kelahiran Itali, Ambra Battilana Gutierrez.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.