Berita Terkini
recent

Lisa BLACKPINK rapat dengan BamBam

Tak semua orang kuat semangat apabila berada di negara asing dan jauh dari keluarga. Namun anggota BLACKPINK iaitu Lisa yang berasal dari Thailand nampaknya cukup selesa tinggal di Korea Selatan apatah lagi ramai rakan senegaranya turut menetap di sana.

Menurut penyanyi itu, dia amat rapat dengan mereka terutama BamBam.

Lebih mengejutkan, dia dan anggota GOT7 itu ada sejarah tersendiri sebelum bergelar artis di Korea Selatan.

Bukan sebagai pasangan bercinta, tetapi mereka sebenarnya sudah saling mengenali sejak kecil ketika di Thailand.

Berada dalam agensi berbeza, mereka juga mula menjalani latihan pada masa sama dan berjaya diserap dalam kumpulan masing-masing.

Setiap kali bersemuka sekarang, mereka pasti akan memberi pandangan yang istimewa tanpa perlu bercakap.

Ia seakan-akan satu tanda kemenangan yang dirasai apabila mereka berjaya merealisasikan impian.

Lisa turut terkesan dengan populariti ditempanya di negara kelahirannya sekarang.

“Apabila pulang ke Thailand, semakin ramai orang kenal saya tidak seperti yang dijangka. Manakala di Korea pula peminat pasti akan mengerumuni dan memberikan pelbagai hadiah,” katanya.
Powered by Blogger.