Berita Terkini
recent

Lima Finalis AF Megastar 2017 Bakal Berentap di Pentas Akhir

Menepati ramalan ramai, tiga peserta pilihan iaitu Idayu, Bob dan Marsha berjaya mara ke peringkat akhir AF Megastar 2017 yang bakal berlangsung pada 22 Oktober ini.



Selain mereka bertiga, dua lagi finalis yang akan berentap ialah Syamel dan Shahir, sekali gus memusnahkan harapan Amir J serta Amir yang disingkirkan pada peringkat semi final.

Sementara itu, Idayu turut dipilih sebagai Star of the Week, manakala Amir pula memenangi Bintang Pilihan Raku berdasarkan undian penonton.

Bagi segmen solo, Idayu mempersembahkan lagu dendangan asal Datuk Siti Nurhaliza iaitu Segala Perasaan, sementara Bob mempertaruhkan kelunakan vokalnya menerusi karya nyanyian kumpulan Armada, Asal Kau Bahagia.

Persembahan Marsha juga tidak kurang hebat menerusi lagu Menahan Rindu yang dipopularkan oleh Wany Hasrita, manakala Syamel begitu bersahaja menyanyikan Sedalam Dalam Rindu yang dinyanyikan Tajul Arif.

Shahir pula mengambil risiko menyanyikan lagu nyanyian asal penyanyi wanita, Ara Johari iaitu Warkah Untukku dan mendapat kritikan juri.

Peserta turut diberi tugasan menyanyi secara duet iaitu Idayu yang dipasangkan dengan Azharina Azhar (Kerna Ku Sanggup), Bob dan Dayang Nurfaizah (Kerna Hati Ini Telah Dilukai), Marsha dan Jaclyn Victor (Lay Me Down), Syamel dan Black Hanifah (Di Pintu Mahligai) serta Shahir dan Awi Rafael (Hello).

Final AF Megastar 2017 akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD dari Royal Theatre Shah Alam, Shah Alam minggu depan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.