Berita Terkini
recent

Lee Dong Wook Terima Komen Lucah

KEBIASAANNYA selebriti wanita sering menjadi mangsa gangguan seksual namun lain halnya yang berlaku dengan aktor Lee Dong Wook.

Gambar pelakon drama bersiri Goblin yang dirakam ketika menghadiri pertunjukan fesyen jenama Givenchy di Paris tular di laman sosial dan menerima pelbagai komen berunsur lucah.

Koreaboo melaporkan netizen meninggalkan komen tidak senonoh gara-gara seluar dipakai aktor itu ketat sehingga menampakkan bentuk kemaluannya.

Malah ada yang berani menghantar komen di luar batasan apabila ada menyatakan rasa teruja dengan saiz kemaluan Dong Wook selain keinginan menyentuh kemaluan aktor itu.

Gara-gara bentuk kemaluan yang kelihatan, Dong Wook menjadi mangsa gangguan seksual di internet.

Dalam pada itu, peminat yang tidak menyenangi komen berbau lucah tersebut menyifatkan tindakan netizen itu sebagai gangguan seksual secara siber.

Malah mereka melaporkan perkara itu kepada syarikat pengurusan Dong Wook dan meminta mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuli pelakon itu di internet.

Bagaimanapun agensi mewakili Dong Wook sehingga kini masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut.

Ketika menghadiri acara itu, Dong Wook mengayakan sut berwarna coklat rekaan Givenchy yang dipadankan dengan kemeja T berwarna hitam.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.