Berita Terkini
recent

Kubur Aliya Syifa digali semula

Jabatan Patalogi Hospital Sultanah Bahyiah (HSB) dan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini, mengali kubur  bagi mengeluarkan jenazah Nur Aliya Syifa,5, yang maut selepas dadanya tertusuk serpihan batu pengasah mesin rumput yang sedang diasah oleh bapanya, di Kubang Rotan, Jumaat lalu.

Perintah bagi kebenaran menggali kubur dan mengeluarkan jenazah kanak-kanak itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, Kubang Rotan di sini dikeluarkan oleh mahkamah, semalam.

Proses mengeluarkan jenazah kanak-kanak itu mengambil masa kira-kira satu jam setengah yang bermula jam 9.25 pagi dan terus dibawa ke HSB di sini untuk bedah siasat.

Turut berada di kawasan perkuburan tersebut ialah anggota polis, forensik dan ahli keluarga Allahyarham Aliya Syifa termasuk ibu bapa arwah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana kecuaian hingga  menyebabkan kematian.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak maut dipercayai  terkena serpihan batu pengasah pisau mesin rumput di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan.

Dalam kejadian, kira-kira jam 5.30 petang apabila bapa mangsa berada di luar rumah bagi mengasah mata pisau rumputnya di kediamannya,di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan.

Selepas kejadian itu, bapa mangsa didapati bergegas membawa anaknya yang berlumuran darah ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke HSB. Bagaimanapun, kanak-kanak itu bagaimanapun meninggal dunia di HSB.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.