Berita Terkini
recent

Kris Wu Berkolaborasi Dengan Vin Diesel

BEKAS anggota kumpulan Exo, Kris Wu yang kini bergerak solo sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila dia dikatakan bakal berkolaborasi dengan pelakon Hollywood, Vin Diesel.

Menurut Koreaboo, Kris dan Diesel sebelum ini pernah tampil bersama dalam filem xXX: The Return of Xander Cage. Kali ini, mereka bakal tampil dengan sebuah lagu yang belum diketahui judulnya.

Perkara itu didedahkan baru-baru ini apabila Diesel memuat naik sekeping gambarnya bersama Kris di dalam studio rakaman.

Diesel juga sebelum ini pernah tampil dalam muzik video kris yang berjudul Juice. Peminat kedua-dua artis berkenaan pastinya tidak sabar untuk mendengar hasil koloborasi unik itu.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.