Berita Terkini
recent

Kim Joo Hyuk Maut Kemalangan, Hasrat Kahwin Berkecai

Hasrat aktres Korea Selatan, Lee Yoo Young untuk bergelar isteri kepada pelakon dan bekas bintang program realiti televisyen 2 Days 1 Night, Kim Joo Hyuk musnah selepas dia terlibat dengan kemalangan maut di Samseong-dong, Seoul, Korea Selatan.

Menurut laporan pihak polis, kereta jenis pacuan empat roda jenama Mercedes yang dipandu Joo Hyuk di Jalan Yeongdong melanggar sebuah kereta sebelum terbabas dan merempuh dinding sebuah pangsapuri.


Rempuhan itu menyebabkan keretanya terjatuh ke lorong pejalan kaki bawah tanah.




Joo Hyuk kemudian dikeluarkan oleh orang ramai sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Konkuk.


Kemalangan yang berlaku sekitar pukul 4 petang itu mengejutkan kekasihnya, Yoo Young yang sedang menjalani penggambaran program keragaman Running Man di Busan.


Menurut jurucakap Yoo Young, wanita itu berada dalam keadaan terkejut dan berkali-kali bertanya mengenai kemalangan itu sebelum pihak produksi Running Man mengambil keputusan untuk menghentikan penggambaran.


Yoo Young dan Joo Hyuk mula bercinta secara terbuka sejak Disember 2016 selepas sama-sama menjalani penggambaran filem Yourself and Yours arahan Hong Sang Soo.


Joo Hyuk juga pernah memberitahu bahawa dia memang merancang untuk berkahwin dengan wanita itu dan mahukan seorang cahaya mata.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.