Berita Terkini
recent

Kes Penipuan RM6.2 juta : Mahkamah Bebaskan Boy Iman

Menerusi laporan Kosmo! Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Seberang Perai, semalam menolak permohonan polis untuk mendapatkan tahanan reman terhadap Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman yang dikenali sebagai Boy Iman berhubung kes penipuan jualan rumah banglo melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM6.2 juta.



Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar turut membuat keputusan sama terhadap tiga lagi pengarah Juta Kelulut Global Resources berhubung kes penipuan tersebut.

Peguam Boy Iman, Faizul Mohd. Nasir berkata, mahkamah menerima permintaan pihaknya untuk membebaskan keempat-empat suspek dengan alasan mereka telah ditahan untuk tempoh yang lama iaitu sejak 2 Oktober lalu.

“Pihak kami meminta mahkamah menolak permohonan reman tarhadap anak guam kami kerana mereka telah ditahan selama 14 hari dan telah direman di tiga mahkamah berasingan di Kangar, Jitra dan Sungai Petani,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.