Berita Terkini
recent

Kereta tergantung depan klinik kesihatan

Gara-gara tersalah tekan pedal minyak, sebuah kereta kelihatan tergantung di tembok Klinik Kesihatan Changlun kerana terbabas dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila pelajar berusia 21 tahun itu datang dari arah Lebuh Raya Utara Selatan dan membelok ke klinik kesihatan tersebut.

"Tiba sahaja di simpang berkenaan, pelajar tersebut membelok ke kiri dan ingin menekan brek tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan ia terbabas dan terlanggar tembok pagar klinik," katanya.

Menurut Ismail, kereta berkenaan mengalami kerosakan  di beberapa bahagian.

"Manakala tembok klinik kesihatan berkenaan pecah, jeriji pagar tembok bengkok, besi maklumat papan informasi tercabut dan penghadang jalan pecah," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.