Berita Terkini
recent

Kereta Nabil Hilang 7 Jam Sebelum ‘Gegar Vaganza 4’

Nasib tak baik menimpa pelawak Nabil Ahmad apabila kereta Toyota jenis Vellfire miliknya hilang kira-kira tujuh jam sebelum memulakan tugas sebagai hos Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Nabil, 34, berkata, kereta berwarna putih dengan nombor pendaftaran JRP46 itu hilang ketika dia ke tabika anaknya, Naira Mikayla, 4, di Taman Tun Dr Ismail, di sini untuk menghadiri satu majlis anjuran pihak sekolah itu.

"Kereta hilang semasa saya sekeluarga menghadiri konsert anjuran sekolah anak.

"Apabila mahu pulang ke rumah dalam pukul 2 petang, kereta yang saya parkir di luar kawasan sekolah sudah hilang.

"Terkejut dan tak sangka kereta saya menjadi sasaran pencuri," katanya.

Nabil ditemui di belakang pentas pada konsert Gegar Vaganza musim keempat (GV4) di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Dalam program GV4, Nabil merupakan pengacara bergandingan bersama Jihan Muse.
Sementara itu, Nabil memaklumkan sudah membuat satu laporan polis di balai polis Taman Tun Dr. Ismail.

"Satu laporan polis telah dibuat dan semoga kereta saya ditemui semula dalam keadaan baik," katanya.

Tambah Nabil, kejadian itu menyebabkan dia pulang ke rumah dihantar oleh pihak polis selepas laporan dibuat.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.