Berita Terkini
recent

Kekasih Tak Campur Urusan Kerjaya

Penyanyi kelahiran Singpura, Sufi Rashid, menyangkal dakwaan kononnya kebanyakan keputusan mengenai perjalanan kerjaya seninya dikawal oleh teman wanita beliau.

Lapor BH online, Sufi berkata teman wanitanya sering kali memberikan pendapat berhubung pakaian beliau ketika membuat persembahan pentas, namun tidak sewenang-wenang mencampuri urusan kerjayanya.

"Dia seorang gadis yang baik dan tidak masuk campur dalam urusan kerjaya saya. Cuma sekadar memberikan perspektif mengenai gaya pemakaian.

"Saya tidak tahu bagaimana boleh timbul isu teman wanita mengawal perjalanan kerjaya pula. Malah, dia juga tidak mempunyai latar belakang dalam bidang nyanyian. Jadi, rata-rata keputusan diserahkan kepada saya.

Tambahnya, dia dan gadis itu mula menjalinkan hubungan percintaan sejak setahun lalu dan belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Dalam perkembangan terkini, Sufi bakal tampil dengan single berjudul Aku Sendiri ciptaan bakat baharu, Haqiem Rusli.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.