Berita Terkini
recent

Kate Winslet dan James Cameroon 'Reunion' Selepas 2 Dekad

Dua dekad selepas bekerja bersama-sama menerusi filem epik romantis, Titanic, aktres jelita Kate Winslet dan pembikin filem tersohor James Cameron bekerjasama akan kembali bekerjasama lagi.

Lebih mengujakan kedua-dua pemenang Oscar ini akan bergabung menerusi penghasilan sekuel yang lama ditunggu-tunggu sejak tahun 2009, Avatar.

Memetik laporan Deadline, Cameron berkata, dia dan Kate sudah tidak sabar lagi untuk kembali berkerjasama selepas 20 tahun.

"Kate dan saya telah mencari sesuatu untuk bersama-sama selama 20 tahun, sejak kerjasama kami menerusi 'Titanic', yang merupakan salah satu karya yang paling menggembirakan dalam kerjaya saya. Saya tidak sabar untuk melihatnya membawa watak Ronal," katanya.

Cameron mula merancang untuk menghasilkan empat sekuel "Avatar" minggu lalu ketika beliau di Manhattan Beach, California. Dia akan mengarahkan skrip yang ditulisnya bersama Josh Friedman, yang terkenal sebagai penulis siri TV, Terminator: The Sarah Connor Chronicles dan adaptasi filem 2005, War of the Worlds.

"Avatar 2" dijangka akan ditayangkan pada 18 Disember 2020 di Amerika Syarikat dan "Avatar 3" yang dijangka ditayangkan pada 17 Disember 2021. Manakala "Avatar 4" tayangannya dijangka 20 Disember 2024, sementara "Avatar 5" akan tayangkan pada 19 Disember 2025.

Walaupun butiran mengenai sekuel pertama masih dirahsiakan, namun intilasi kali ini dikatakan berlatarkan marin angkasa yang akan berasal daripada mahkluk asing berbangsa biru - alien Na'vi di bulan Pandora.

Semua pelakon asal iaitu Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang, Sigourney Weaver, CCH Pounder, Joel David Moore dan Matt Gerald dijangka kembali dalam sekuel ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.