Berita Terkini
recent

Kanak-kanak maut tertusuk serpihan batu pengasah

Seorang kanak-kanak perempuan maut akibat terkena serpihan batu pengasah mesin rumput bapanya di rumahnya di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, mengalami kecederaan di bahagian dada kanan selepas terkena serpihan batu pengasah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.


Bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Murad, 40-an berkata, dia sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya di luar rumah, manakala anak perempuannya masih berada di dalam rumah semasa kejadian berlaku.

"Bagaimanapun, batu pengasah mesin rumput yang sedang diasah pecah secara tiba-tiba dan serpihannya terpelanting terkena pada kereta sebelum ia tertusuk ke dada kanan anak.


"Sebaik melihat keadaan anak berlumuran darah dan lemah, saya kemudiannya mengangkat dan membawa Aliya ke Klinik 1Malaysia. Selepas itu, dia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut," katanya.

Murad berkata, Aliya yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik sentiasa periang dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.

Katanya, arwah anak perempuannya yang belajar di Tadika Kampung Batin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar 11 pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian itu.

Menurut Rozi, pihaknya mengklasifikasikan kes terbabit sebagai kematian mengejut (SDR).

Katanya, siasatan mendapati jarak antara mangsa dengan bapanya kira-kira lima meter (m) semasa kejadian.

"Apabila bapa sedar keadaan mangsa yang cedera, lelaki itu terus membawa anak perempuannya ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum  dia dihantar ke HSB," katanya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSB akibat parah di bahagian dada kanan selepas terkena serpihan batu pengasah itu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.