Berita Terkini
recent

Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017

PELAKON dan pengacara, Kamal Adli berjaya merangkul gelaran juara Super Spontan Superstar 2017 yang diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang malam tadi

Kejayaan itu mencipta rekod baharu apabila Kamal berjaya mengetepikan saingan utama iaitu Fad, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.‎

Tempat kedua pula dimenangi Fad yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 manakala tempat ketiga disandang Achey, sekali gus melayakkannya memenangi hadiah wang tunai RM25,000.

Manakala Ozlyn, Syuk, Mamak, Shahrol dan Sharif terpaksa berpuas hati di tempat keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan serta menerima wang tunai RM5,000.

Gelanggang akhir Super Spontan Superstar menyaksikan peserta berentap secara individu dan bukan berkumpulan seperti minggu-minggu sebelumnya.‎

Pertandingan yang berlangsung selama lapan minggu itu menyaksikan AC Mizal sebagai pengacara bersama Amir Raja Lawak, sementara Datuk Afdlin Shauki dan Datuk Chef Wan menjadi pengulas bersama.

Selain itu, Juara Super Spontan 2016, Johan hadir sebagai pemain jemputan bersama Zizan. Manakala kumpulan Floor 88, turut memeriahkan gelanggang akhir dengan persembahan istimewa.

Program realiti itu bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134) bermula jam 10 malam.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.