Berita Terkini
recent

“Kalau Saya Sakit Susahlah” – Fahrin Ahmad

KEHADIRAN Khalifa Fahrel dalam kehidupan Fahrin Ahmad telah banyak menyedarkan pelakon itu agar lebih peka terhadap penjagaan kesihatan dan pemakanan.

Kata Fahrin, pada usianya sekarang iaitu 38 tahun, dia perlu kekal sihat untuk melihat anaknya membesar dengan baik.

Fahrin berkata, ramai rakan seusianya ada yang menghidap pelbagai penyakit seperti diabetes dan jantung sehingga menjejaskan kehidupan mereka.

"Umur saya sudah hampir nak masuk 40 tahun, anak pula masih kecil. Jadi sebab itu saya perlu lebih peka terhadap kesihatan diri.

"Panjang lagi masa untuk anak saya membesar, kalau saya sakit susahlah nanti," katanya.
Fahrin berkahwin dengan Elena Hani Eleas, 39, pada 9 Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia setahun.

Pelakon itu ditemui sewaktu sesi fotografi dan penggambaran video untuk produk GNC di Add Studio, Sunway Damansara pada Jumaat lalu.

Bercakap mengenai pelantikannya sebagai duta GNC, Fahrin berkata dia terkejut apabila dirisik oleh syarikat tersebut yang memilihnya sebagai duta.

"Saya memang terkejut sewaktu mereka mahu melamar sebagai duta.

"Tapi saya rasa memang jodoh saya dengan GNC sebab saya sendiri pun sudah lama menggunakan produk ini.

Menurutnya lagi, gaya hidup sihat yang diamalkannya serta pengambilan proudk GNC benar-benar membantu dirinya yang sentiasa sibuk bekerja dan menguruskan keluarga.
Dalam perkembangan lain, Fahrin memberitahu dia masih menjalani penggambaran untuk drama kontroversi, Coffee Prince arahan Michael Ang yang akan ditayangkan tidak lama lagi.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.