Berita Terkini
recent

‘Kalau Nak Bagi Dua Kuntum Bunga Pun Tak Ada Masalah’

Minggu lalu pelakon wanita popular, Fazura baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke 34 tahun.
Satu majlis hari jadi telah diadakan untuk Fazura dan pada majlis itu dia dikejutkan dengan hadiah 500 kuntum bunga mawar berwarna merah jambu dan putih daripada seorang pelakon lelaki popular, Fattah Amin.

Tidak dapat dinafikan semenjak kedua-dua pelakon ini digandingkan dalam drama ‘Hero Seorang Cinderella’ beberapa bulan lalu, nama mereka sering dikaitkan bersama.

Menurut satu sumber, Fattah menyatakan bahawa dia hanya menganggap Fazura sebagai seorang sahabatnya ketika ditanya tentang sejauh mana hubungan mereka berdua.

“Janganlah… nanti jadi isu baru pula! Saya dengan Fazura bersahabat sahaja, tak lebih daripada itu,” ujar Fattah.
Fattah mengakui bahawa dia sejujurnya selesa berkawan dengan Fazura kerana Fazura merupakan seorang sahabat yang baik.

Bekas juara Hero Remaja 2011/2012 ini juga menjelaskan tentang pemberian 500 kuntum bunga mawar kepada Fazura.

Kata Fattah, angka 500 kuntum bunga mawar itu tidak membawa sebarang maksud dan ianya hanya hadiah tanda persahabatan sahaja.

“Kalau saya nak bagi dua kuntum sahaja pun tak ada masalah, tak tahulah macam mana boleh timbul idea nak bagi 500 kuntum tu.

“Sebelum ini dia pernah buat kejutan semasa hari jadi saya, jadi saya rasa perlu balas semula,” jelasnya lagi.

Terdahulu semasa ulang tahun hari jadi Fattah pada 14 September yang lalu, Fazura telah memberi hadiah 50 kuntum bunga mawar kepada pelakon lelaki ini.

Mungkin Fattah jujur dalam kata-katanya yang mereka berdua hanya berkawan. Apapun kita doakan yang baik-baik buat mereka berdua.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.