Berita Terkini
recent

‘Kalau Betul-betul Serius, Jumpa Ibu Dahulu’ – Wany Hasrita

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi wanita yang memiliki suara merdu, Wany Hasrita. Namanya semakin meningkat naik sejak lagunya yang bertajuk Menahan Rindu mendapat tempat di hati peminat.

Wany memberitahu kepada satu sumber, ramai yang cuba untuk berkenalan dengannya namun hanya sekadar menegur di laman sosial sahaja.

“Memang ada yang cuba berkenalan dengan saya tetapi hanya berani di Instagram sahaja. Tidak serius dan tidak konsisten pun, kita sendiri pun boleh tahu.

“Kalau betul-betul serius datanglah jumpa ibu saya dahulu sebab ibu saya adalah individu paling rapat dan akan berada dimana-mana sahaja saya ada,” katanya kepada Astro Gempak.

Penyanyi ini mengakui dirinya masih solo dan dia berkata, dia tidak mempunyai kriteria tertentu tentang lelaki yang diminati.

“Asalkan saya selesa bersamanya sudah memadai,” ujarnya.

Tidak dapat dinafikan penyanyi ini memang mempunyai rupa paras yang cantik dan ayu ditambah pula dengan kelembutan dan kesopanan bila berbicara.

Mungkin itu menjadi daya penarik kepada segelintir kaum adam yang cuba untuk mendekati dirinya.
Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Wany, kalau benar-benar ada yang suka dengan dirinya tidak salah untuk mengambil langkah serius dengan berjumpa ibunya terlebih dahulu.

Siapa tahu dengan restu yang diberikan oleh ibu Wany, hubungan persabahatan yang terjalin mungkin akan bertambah erat.

Sedikit info tentang Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita dilahirkan pada 25 Disember 1992 di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Wany merupakan seorang graduan daripada sebuah unversiti swasta dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perubatan.

Tidak hanya pandai menyanyi malah Wany juga merupakan seorang yang bijak di dalam pelajaran.
Semoga perjalanan karier Wany dalam bidang seni akan bertambah maju.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.