Berita Terkini
recent

Kabus di Lembah angkat kisah pendidik

TAK kira di mana kita ditugaskan, amanah tetap wajib ditunaikan. Begitulah antara kisah seorang guru yang cuba mempertahankan kawasan flora dan fauna Lembah Belum yang hampir terancam dengan arus pembangunan.

Telemovie bertajuk Kabus Di Lembah ini bakal disiarkan di RTM.

Drama sarat dengan motivasi dan inspirasi terutama untuk golongan bergelar pendidik ini dijayakan pelakon hebat seperti Uqasha Senrose, Zulhuzaimy, Nisha Dirr, Zain Hamid, Ann Raja Lawak dan Zack Idris.

Drama arahan Zulhuzaimy ini akan menemui penonton pada 4 November ini, jam 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Kabus Di Lembah memaparkan kisah Cikgu Hakim yan di hantar oleh bapanya mengajar di Sekolah Anak Orang Asli di Lembah Belum. Meskipun terkejut menerima berita itu namun Cikgu Hakim terpaksa akur.

Pada mulanya Cikgu Hakim sukar menyesuaikan diri tetapi akhirnya suka dengan suasana di situ. Apatah lagi dia jatuh cinta dengan Indah, anak Tok Batin di kampung itu.

Dia berusaha membentuk kekuatan dalam dirinya untuk terus bertahan menjalani kehidupan serba kekurangan di kampung dan sebagai pendidik di sekolah tersebut. Banyak pengalaman hidup dikutipnya sepanjang berada di situ.

Sementara itu, Indah yang juga pelajar lulusan Sarjana dari Universiti Amerika Syarikat memilih untuk mengajar di kampungnya. Dia nekad mahu membantu anak golongan Orang Asli untuk berjaya dan mengubah kehidupan mereka.

Tanpa disedari oleh Cikgu Hakim, bapanya mengupah orang untuk memujuk Tok Batin menandatangani surat perjanjian bagi membangunkan daerah itu menjadi pusat pelancongan bertaraf lima bintang.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Berjayakah bapa Cikgu Halim meneruskan rancangannya?
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.