Berita Terkini
recent

Joy Revfa Mengakui Sudah Tidak Lagi Cintakan Hafiz

Usahawan kosmetik, Joy Revfa bertekad tidak akan berbaik semula dengan suaminya, Hafiz Hamidun walaupun kes perceraian dengan suami pertamanya disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.

Memetik laporan Kosmo! Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, memberitahu, rasa cintanya kepada penyanyi yang popular menerusi album Zikir Terapi itu sudah hilang kerana sebagai suami, Hafiz sepatutnya mempertahankan dirinya serta menyelesaikan isu perkahwinan pertamanya.

"Saya kini sudah 1,000 kali sudah tiada cinta pada Hafiz. Sepatutnya sebagai suami dia kena sama-sama menyelesaikan masalah dan bukannya memperbesarkan kepada media,” katanya.

Joy Revfa dan Hafiz bernikah pada 1 Mei lalu. Ia merupakan perkahwinan kali kedua wanita itu dan kali pertama bagi Hafiz.

Terdahulu, konflik rumah tangga pasangan ini mula timbul sekaligus menjadi bualan hangat apabila status perceraian Joy Revfa dengan bekas suaminya sebelum ini tidak jelas sama ada ia sah ataupun tidak.

Disebabkan berasa curiga atas perkara itu, Hafiz tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai suami dan perkara itu perlu dirujuk kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum hakim membuat keputusannya.
Powered by Blogger.