Joe Jones Sahkan Bertunang Dengan Sophie Turner

PENYANYI kumpulan DNCE, Joe Jonas dan bintang filem Game of Thrones, Sophie Turner baru-baru ini mengesahkan berita yang bertebaran mengenai pertunangan mereka.

Menurut laporan E! News, dua bintang itu menggunakan laman Instagram masing-masing dengan memuat naik foto cincin pertunangan.

Foto itu memaparkan jari manis Sophie yang memakai sebentuk cincin berlian sambil meletakkan tangannya di atas tangan Joe.



Antara yang terawal memberi respon terhadap berita itu adalah adik-beradik Joe iaitu Nick Jonas dan Kevin Jonas.

Bekas kekasih Joe, Demi Lovato turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu melalui satu komen di Instagram.

Joe dan Sophie dilaporkan mula bercinta pada 2016 sewaktu mereka berdua dilihat bercuti bersama di Rottredam, Belanda.
Joe Jones Sahkan Bertunang Dengan Sophie Turner Joe Jones Sahkan Bertunang Dengan Sophie Turner Reviewed by Kakigosip on 08:04:00 Rating: 5
Powered by Blogger.