Berita Terkini
recent

Jiran Meninggal Dunia Digigit Anjing Siwon

AHLI Super Junior iaitu Siwon membuat permohonan maaf secara terbuka apabila anjing peliharaan keluarganya yang tidak diikat telah mengakibatkan kematian seorang jirannya.

Anjing diberi nama Bugsy itu tiba-tiba bertindak agresif dengan mengigit kaki jirannya ketika dia keluar daripada lif kediaman mereka.

Jirannya yang segera dibawa ke hospital untuk rawatan akhirnya disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada luka tersebut.

Pada hari yang sama, Siwon memuat naik permohonan maaf di laman sosial Twitter dan Instgaram peribadinya mengenai insiden itu.

"Ini Choi Siwon. Saya minta maaf kepada keluarga yang berduka dan masih terkejut serta sedih saat ini.

"Saya berasa sangat bersalah atas insiden melibatkan anjing keluarga kami baru-baru ini.

"Sebagai anggota keluarga yang memelihara anjing, saya rasa bertanggungjawab.

"Seharusnya saya berjaga anjing berkenaan dengan baik dan tidak menyebabkan insiden ini," ujarnya.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.