Berita Terkini
recent

Jihan, Fahrin, Shuk pengacara ASK 2017


TIGA artis popular, Jihan Muse, Fahrin Ahmad dan Shuk Balas dipilih sebagai pengacara Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang bakal berlangsung pada 3 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Edisi ke-21 bertemakan Mencipta Fenomena itu turut menampilkan 15 penyampai anugerah iaitu Anim Ezzati, Aiman Tino, Aaisyah, Farah Nabila, Fattah Amin, Nabila Huda, Neelofa, Raja Ilya, Rozita Che Wan, Saiful Apek, Sara Adiba, Shukri Yahya, Wany Hasrita, Zizan Razak, dan Zul Ariffin.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, tema yang dipilih mempunyai signifikan tersendiri.


"Mencipta Fenomena dilihat tepat sebagai satu usaha untuk memartabatkan setiap pengorbanan semua penggiat seni tanah air tidak kira di hadapan atau di belakang tabir.

"Ini adalah edisi ke-21 dan sehingga tahun ini, ASK masih relevan dan memainkan peranan sebagai pemangkin industri penyiaran supaya karyawan seni tanah air terus mencipta fenomena.

"Oleh itu, kami memperkenalkan beberapa pembaharuan pada ASK tahun ini seperti Majlis Prelude ASK 2017. Terima kasih kepada RTM, HyppTV dan BERNAMA kerana sekali lagi menyokong ASK dengan menghantar pencalonan," katanya dalam sidang media, hari ini.

ASK 2017 mempertandingan 33 kategori terdiri daripada 13 kategori yang akan diumumkan lebih awal pada acara Majlis Prelude ASK 2017 yang dihoskan oleh Haiza Kool FM dan Issey Fazlisham.

Seterusnya 20 lagi kategori akan diumumkan pada malam kemuncak ASK 2017 yang akan bersiaran di TV3 bermula jam 9 malam.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Drama Terbaik, Pengarah Drama Terbaik, Lakon TV Terbaik, Filem Terbaik, Pelakon Komedi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Pelakon Wanita Terbaik Drama, Drama Rantaian Terbaik dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan menyerikan segmen persembahan ialah Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Issey, Abam, Mark Adam, Stacy, Salam Musik, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak, Azira Shafinaz, Blackdan Jaclyn Victor.

Acara ini turut mendapat kerjasama daripada penaja utama, Olay, penaja bersama Oppo dan rakan penaja McCafé.
Artikel ini disi

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.