Berita Terkini
recent

Jenazah Shyzlin selamat disemadikan

Jenazah mangsa sindiket dadah, Shyzlin Hathaman, 43 selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Larkin, di sini kira-kira jam 9.30 malam selepas tiba di Malaysia setelah mengharungi perjalanan lebih 32 jam dari Lima, Peru.

Jenazah selamat tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira jam 2.30 petang, tadi menaiki pesawat KL744 sebelum dibawa ke Johor Bahru untuk disemadikan di Larkin, di sini.

Jenazah Allahyarham tiba di kawasan perkuburan kira-kira jam 9 malam dan disemadikan berdekatan kubur sepupunya Norabdah Mahmood, 49 yang meninggal dunia pada 23 September lalu.

Jenazah sebelum itu disambut ibu saudaranya, Robiah Yusuf, 69 sebaik tiba di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin di sini untuk disembahyangkan.

                   
Ibu saudara Shyzlin, Robiah Yusuf menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir ketika jenazah tiba di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin di sini.

7 Oktober lalu, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di hospital Nacional Dos De Mayo Health Facility, Peru pada jam 7.50 pagi waktu Malaysia akibat komplikasi beberapa penyakit termasuk asma dan kencing manis.

Dia sebelum itu terkandas di Lima, Peru sejak lapan tahun lalu dan pernah ditahan di penjara negara itu selama lebih empat tahun membabitkan kes penyeludupan dadah sebelum ditempatkan di sebuah gereja kerana keadaan kesihatannya yang terjejas.

Urusan membawa pulang jenazah dari negara Amerika Selatan itu dibantu Biro Kebajikan Umno Malaysia (Bikum) yang menguruskan proses dokumentasi sejak seminggu lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.