Berita Terkini
recent

Jawapan Balas Tiz Zaqyah Terhadap Seniman Pasti Buat Anda Terkedu

Minggu lalu di media sosial telah kecoh mengenai satu kontroversi yang melibatkan pelakon cantik, Tiz Zaqyah bersama Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi.

Tiz telah berkongsi di media sosial dengan mempersoalkan apakah itu ‘Seniman’ dan dia turut meluahkan rasa kecewa apakah yang dilakukan oleh Seniman terhadap artis selain daripada menjadi ahli dan jika tidak memdaftar mereka tidak dibenarkan untuk bekerja.

Luahan hati Tiz itu mendapat respon daripada Zed yang kecewa dengan kata-kata pelakon wanita itu kerana meluahkannya di media sosial.

“Cakap senang, kita buat mesyuarat panggil semua penggiat seni tidak pernah nampak batang hidung pun. Kalau dia rasa berhadapan dengan masalah sila utarakan dalam mesyuarat nanti. Kalau banyak sangat complain saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan,” ujar Zed kepada Mstar.
Dilabel sebagai ‘kaki complain’ Tiz telah tampil sekali lagi pada Jumaat yang lalu di akaun Instagramnya untuk menjelaskan apa yang dia juga rakan-rakan artis yang lain mahukan daripada Seniman.

Panjang lebar tulisan Tiz menjelaskan apa yang ingin disampaikannya kepada Seniman dan dia juga turut bersuara untuk rakan-rakan artis yang lain.

Turut terlihat di ruangan komen, ada di antara rakan-rakan artis yang bersetuju dan menyokong serta berterima kasih dengan setiap kata-kata pelakon ini.
ramona_zamzam: Babeee

fazlinaahmaddaud: Support!

tiz.zaqyah: @fazlinaahmaddaud thank you kakak. For us

fazlinaahmaddaud: @tiz.zaqyah yes for us! Kakak repost ye

ainulaishah:  well said!

officialjuzzthin: fighttt @tiz.zaqyah

imranajmain: Read everything. Good for you for speaking up and defending your self/rights. I suggest record a full video (instead of a PC) with your suggestions how changes can be made and segregate them in stages. Your situation, concerns will all be heard through your voice and influence. You will get so much support from fellow arts-men and media. Good luck!

syazwanzulkifly: Tizz hang btl tizz..apa hang cakap semua btl..yang dok kat seniman tu yg tak tahu dok buat apa..

sharifah_amani: Thank you Qyah 🙌❤️🙌

fatiyalatiff: Malas nak bising2 kan tiz tapi bila benda dah jadi besar, mmg kena tunjuk evidence, kena explain, baru org paham kot. Tu pon kalau diorang paham la.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.