Berita Terkini
recent

Janna Nick Tuju 2 Single Baharu Khas Buat Peminat

BARU-BARU ini, Janna Nick telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya.

Tapi dalam sakit-sakit tu pun, perjuangan Janna sebagai anak seni harus diteruskan.

Menurut laporan portal Astro Gempak, pelakon dan penyanyi muda berbakat besar itu bakal melancarkan single terbaharunya tidak lama lagi.

Gadis berusia 22 tahun itu bakal mempertaruhkan dua buah single di mana salah satunya merupakan lagu duet dengan pelakon pujaan ramai, Alvin Chong.

“Ramai peminat yang tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu dan dah alang-alang mereka tunggu lama saya terus keluarkan dua single sekali gus.

“Kedua-dua lagu tersebut bakal menjadi lagu tema untuk drama Coffee Prince.

“Tetapi sejujurnya saya tak sabar menanti reaksi pendengar apabila kedua-dua single ini akan dikeluarkan November ini,” katanya dipetik daripada portal Gempak Star.

Tambah pelakon utama Kau Aku Kita itu, pihaknya masih belum lagi mendapatkan tajuk bagi kedua-dua single terbaharunya itu.

“Saya tidak akan sesekali menerima tawaran menjadi duta jika produk itu tidak bagus dan saya mengakui produk ini amat berkesan selepas menggunakannya,” tambahnya lagi.

Semoga lepas ni lebih banyak pintu rezeki akan terbuka buat pelakon berjiwa besar seperti Janna ni. Cari rezeki tu, cari juga. Tapi jangan sampai lupa jaga kesihatan ya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.