Berita Terkini
recent

“Jangan Sampai Bukti Lain Keluar” - Pesan Mona

Wanita yang dikaitkan dengan Shahir Zawawi meminta penyanyi itu sendiri membuka mulut untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungan mereka.

Mona atau Mona Syamimi Mohd Samsudin, 27, berkata, dia bukanlah peminat Shahir atau penyokongnya dalam AF Megastar  seperti didakwa penyanyi itu malah tidak pernah pun meminati rancangan berkenaan.

"Saya bukan peminat atau penyokong dia seperti yang didakwa. Saya tak minat pun program realiti tersebut,” katanya .

Mona diminta mengulas hubungannya dengan Shahir selepas gambar mereka keluar menjadi tular di media sosial.

Malah Shahir berkata, wanita yang bekerja sebagai pramugari itu peminatnya dan hubungan mereka tidak lebih dariapda seorang kawan.

Kata Mona, dia mengenali Shahir menerusi laman Instagram dan mula rapat sejak sebulan lalu.
Malah dia mengakui kerap keluar bersama Shahir secara berdua dan juga bersama teman-teman lain.
"Kami berkenalan kira-kira sebulan lalu menerusi Instagram dan boleh dikatakan kerap juga keluar berdua dan ada kalanya beramai-ramai. Cuma sekarang saya sibuk dan dia pula sibuk dengan final AF Megastar," jelasnya.

Dalam pada itu, Mona berkata, dia enggan mengulas mengenai hubungan tersebut sebaliknya meminta Shahir sendiri bercerita mengenainya namun hubungan mereka masih dalam fasa berkawan buat masa ini.

"Entahlah kami mungkin dalam fasa berkawan lagi. Apa-apa pun tanya dia semula tentang hubungan ini. Jangan sampai ada bukti lain pula keluar cukuplah," ujarnya. 

Sementara itu, Mona mengakui dia juga mengetahui mengenai hubungan penyanyi itu dengan pelakon Erra Fazira. 

"Ya, saya tahu tentang perkara itu tapi tidak seperti dilapor media," ujarnya.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.