Berita Terkini
recent

Jangan lawan TMJ

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan semua pihak agar memberikan kerjasama kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjalankan tanggungjawabnya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, apabila seseorang telah dilantik sebagai ketua, semua pihak perlu akur dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada individu tersebut.

"Apabila seseorang telah dipilih dan diberi mandat, semua pihak harus bekerja sebagai satu pasukan. Tumpukan kepada tugas dan beri kerjasama kepada ketua yang dipilih.

"Bola sepak Malaysia sedang memerlukan pimpinan dan penambahbaikan. Bekerjalah sebagai satu pasukan," katanya dalam entry terbarunya di Facebook, semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Tunku Ismail yang mendedahkan ada konspirasi untuk menjatuhkannya dalam jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara itu.

Kata Annuar, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di saat FAM memerlukan perubahan dalam memacu sukan bola sepak ke arah yang lebih baik.

"Jika dakwaan ini benar, ia sesuatu yang malang bagi bola sepak negara. Politiking sebegini tidak diperlukan," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.