Berita Terkini
recent

'Jangan jadi batu api...'

PELAKON, Kamal Adli menyelar tindakan segelintir pihak yang bersikap 'batu api' apabila memperkatakan mengenai hubungannya dengan pelakon Emma Maembong.

Kamal, 31, berkata, kemelut yang melanda hubungannya dengan Emma sudah selesai.

“Kami sudah berbaik. Hubungan kami kembali macam biasa. Jadi, tidak ada apa perlu diperbesarkan. Kalau saya cerita banyak, bimbang ia menimbulkan lebih banyak masalah.


“Jalan terbaik adalah lebih baik saya berdiam diri. Cuma saya ingin pesan kepada orang sekeling supaya jangan jadi batu api,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Kamal, dia perlu bertanggungjawab atas apa yang terjadi.

“Perkara sudah jadi, tapi saya cuba untuk selesaikan masalah ini supaya semuanya kembali jernih. Lagipun apa yang berlaku hanya salah faham.

“Saya sayangkan Emma. Saya tidak boleh tipu perasaan ini. Doakan yang baik-baik saja,” katanya.

Terdahulu, hubungan Kamal dan Emma dikatakan retak selepas Kamal memuat naik status berbunyi doakan yang baik-baik di laman Instagram miliknya.

Difahamkan, ia berpunca daripada hubungan akrab Kamal dan pelakon Zahirah Macwilson selepas kedua-dua mereka berlakon dalam drama Duda Pujaan Dara yang ditayangkan di Astro baru-baru ini.

Sementara itu, Emma pula menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik status yang dipercayai ditujukan kepada kekasihnya itu.

“Jika awak boleh membuatkan saya ketawa, awak sebenarnya menarik di mata saya,” tulisnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.