Berita Terkini
recent

Jalaluddin Hassan Sedia Berumah Tangga Semula

Pelakon veteran popular, Datuk Jalaluddin Hassan menerusi satu sumber berkata dia kini sedang berkawan dengan seorang wanita yang dikenalinya menerusi Facebook.

Jalaluddin bakal menjadikan wanita itu sebagai suri hatinya selepas genap setahun pemergian arwah isterinya yang telah meninggal dunia pada November tahun lalu.

Katanya lagi, kali pertama dia menegur wanita tersebut adalah untuk memberi ucapan Selamat Berpuasa pada bulan Ramadan yang lalu.

Menurutnya lagi, kali pertama mereka bertemu adalah pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang lalu dan dia tidak menyangka bahawa wanita tersebut merupakan adik kepada rakan baiknya.

Wanita yang bakal menjadi pasangan hidup Jalaluddin ini berusia 44 tahun dan berasal dari Melaka. Beliau juga merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai empat orang anak hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Pelakon ini berkata lagi, anak-anak tidak menghalang dirinya untuk berkahwin semula kerana mereka memahami dirinya memerlukan seorang isteri buat masa ini begitu juga bapanya, Tan Sri Hassan Azhari yang sering menasihatkan Jalaluddin untuk berkahwin.

“Apa pun, saya memerlukan sedikit ruang sebelum membuat keputusan,” katanya.

Kami di Kakigosip mendoakan agar segala urusan yang telah dirancang oleh Jalaluddin dipermudahkan.

Terdahulu, Jalaluddin telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas ketika dirinya menuju ke kereta selepas menghadiri satu program TV.

Ambulans tiba di lokasi dan terus membawa beliau ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.