Berita Terkini
recent

Jalaluddin Hassan Berhasrat Nikah Janda Anak Empat

Selepas setahun bergelar duda, pelakon veteran popular Datuk Jalaluddin Hassan merancang untuk menikahi seorang ibu tunggal tidak lama lagi.



Memetik laporan BH online, Jalaluddin mengaku beliau kini berkawan dengan wanita empat anak berkenaan, yang dikenali menerusi laman sosial sejak Ramadan lalu.

"Kami berkenalan menerusi Facebook dan kali pertama saya menegurnya adalah pada Ramadan lalu apabila mengucapkan selamat berpuasa kepadanya.

"Hanya pada Aidilfitri baru kami ada peluang bertemu, pada sebuah acara rumah terbuka. Tak sangka, dia adalah adik kepada kawan saya," katanya.

Kata pelakon berusia 63 tahun ini lagi, dia mula terpikat dengan wanita tersebut dek kerana ketabahan membesarkan anak-anak serta menjaga ibunya yang sakit.

Jalaluddin kehilangan isteri tercinta, Datin Hasimah Mat Ehsan yang meninggal dunia pada 5 November tahun lalu akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Powered by Blogger.