Berita Terkini
recent

Izara Aishah Lega Tak Perlu Buat Muka Panik Lagi

Jumaat minggu lalu, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman kepada semua bahawa kini dia sedang hamil empat bulan.

Berita ini telah membuatkan seluruh peminatnya seronok dan teruja. Ramai juga yang mendoakan agar Siti serta kandungan diberikan kesihatan yang baik.

Pastinya ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon popular, Izara Aishah yang juga bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 bakal berkahwin dengan anak tiri Siti, Adib Khalid tidak lama lagi.
Sudah pasti Izara telah mengetahui terlebih awal tentang berita kehamilan penyanyi nombor satu negara ini.

Menerusi perkongsian Izara di Instagram dia meluahkan rasa lega kerana kini dia sudah tidak perlu berasa panik apabila diajukan soalan tentang Siti.

“Sekarang semua dah tau, alhamdulillah. Saya dah tak perlu buat muka panic tak tau macam mana nak jawab bila orang tanya saya 🙈,” tulis Izara dengan rasa lega.

Selama empat bulan Siti menyepi dari karier seni, ramai pihak yang telah membuat spekulasi tersendiri dan rata-ratanya mengatakan bahawa Siti sedang hamil.

Mungkin disebabkan Izara bakal berkahwin dengan anak tiri penyanyi itu membuatkan dia menjadi tempat untuk ramai pihak bertanya khabar tentang Siti.

Dalam pada itu, masih tidak putus-putus doa yang baik-baik daripada peminat buat Siti di ruang komen perkongsian Izara ini.

aisyahaffini: Alhamdulillah…Tahniah…mudahan diberi perlindungan oleh Allah swt buat Kak Siti and baby…amiin

isterisadiq: Alhamdulillah..tahniah…semoga allah memberi kesihatan yg baik shigga bsalin…ske tgok muka mak iti..naik seri bebenor

kurus_sihat_cantikk: Alhamdulilah.. Lepas ni turn izara pulekk.. Ibu ibu mengandung bagus amalkan makanan sunnah dari lebah, aloevera ❤

lynnanuar98: 2-2 pon cantik. semoga dato @ctdk dipermudahkan mnjalani fasa pregnant n semoga selamat melahirkan bby😘😘

Semoga Siti dan kandungannya sentiasa sihat dan buat Izara pula diharapkan agar semua perancangan menuju hari bahagia berjalan lancar.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.