Berita Terkini
recent

Isu Cium: "Bukan Nak Tunjuk Gersang Tapi..." - Janna Nick

Aktres Janna Nick menjelaskan aksinya seolah-olah bercium dengan Fattah Amin ketika melakonkan adegan dalam drama adaptasi Korea, Coffee Prince bukan bertujuan untuk menunjukkan atau menyampaikan rasa kegersangan, rasa romantik mahupun bercinta tetapi ia adalah babak komedi.

Tegas pelakon berusia 22 tahun ini, ketika melakonkan adegan itu dia tidak bersentuhan dengan Fattah sebaliknya mereka berjarak kira-kira 10 sentimeter.

"Video berdurasi 15 minit itu sebenarnya bukan bertujuan menyampaikan rasa gersang, romantik atau manis bercinta. Itu adalah babak yang nak menunjukkan yang kami tidak bercium.

"Itu adegan kelakar sebenarnya. Saya dan Fattah tidak bersentuhan sebaliknya kami berjarak lebih kurang 10 sentimeter," terangnya ketika diminta mengulas mengenai kontroversi aksi bercumbuan antara dia dengan aktor tinggi lampai itu yang mencetus kemarahan kalangan netizen.

Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah mesra drama terbaharu lakonannya, Dia, bertempat di One Utama, pada Rabu.

Isu tersebut timbul gara-gara pelakon baharu iaitu Fara Mendoza memuat naik video Janna dan Fattah melakonkan 'aksi panas' itu di Instastory Instagram miliknya, sekitar bulan lalu. Ia sekaligus mengundang perbalahan antara pengguna media sosial yang rata-ratanya mengutuk dan mengecam Janna serta menanggap adegan itu melampaui batas.

Sementara itu, Janna berkata, dia tidak terkesan dengan kritikan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya kerana sebagai pelakon dia menjalankan tanggungjawabnya melakonkan wataknya malah bersedia melakonkan apa saja babak selagi tidak merosakkan imej, nama baik serta maruah dirinya.

"Saya tidak terkesan langsung. Bukanlah bermakna saya tidak terima teguran tapi saya rasa kalau satu-satu adegan itu saya tidak patut buat, saya takkan buat. Kalau saya rasa babak itu masih boleh ditonton umum, masih lagi logik, saya akan buat. Kalau pengarah minta benda yang bukan-bukan dan boleh rosakkan imej, saya takkan sesekali buat.

"Kalau ada yang mengatakan saya tidak tahu malu, alasan saya ialah saya buat sebab saya memahami karakter saya di mana saya adalah lelaki ketika itu dan ia adalah babak kelakar di mana lelaki bercium dengan seorang lelaki.

"Saya tidak menjadi Janna ketika melakonkan babak itu, tetapi saya adalah perempuan yang menyamar sebagai lelaki dan orag lain disekelilingnya juga percaya yang dia adalah lelaki," jelasnya lagi.

Menyangkal dakwaan dia sengaja mencipta kontroversi atau menyebarkan pengaruh negatif kepada masyarakat dengan adegan lakonannya yang sebegitu. Namun Janna berkata dia yakin akan kebijaksaan pengarah, penyunting serta pihak stesen televisyen untuk memastikan tidak timbul apa-apa kontroversi apabila drama tersebut ditayangkan kelak.

"Kalau saya yang saja-saja buat kontroversi, saya sendiri yang akan muat naik sendiri video itu tak perlu orang lain. Benda macam ni terpulang pada persepsi masing-masing.

"Saya rasa sebelum ini pun banyak lagi adegan berahi yang saya pernah lakonkan dan bagi saya berlakon berpelukan itu lagi teruk sebab ia betul-betul bersentuhan dan betul-betul-betul rapat dan nak tunjukkan kasih sayang. Tetapi babak ini bukan nak tunjukkan kami berkasih sayang.

"Tapi saya percaya, penapisan daripada pengarah, penyunting dan stesen televisyen, saya yakin mereka lebih arif dan takkan lepaskan satu-satu babak yang boleh merosakkan akhlak remaja lebih-lebih lagi kalau drama itu diklasifikasikan sebagai untuk tontonan umum," bidasnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.