Berita Terkini
recent

Ismail Izzani Tak Mahu Buang Tonsil Walau Sudah Serius

Penyanyi baru dalam industri yang kini semakin dikenali namanya menerusi lagu Sabar, Ismail Izzani memberitahu pada satu sumber bahawa dia enggan melakukan pembedahan bagi membuang tonsil walaupun sudah serius.

Ismail berkata, dia membuat keputusan untuk tidak membuang tonsil tersebut kerana bimbang suaranya tidak akan sama seperti sekarang.

“Saya sepatutnya perlu melakukan pembedahan membuang tonsil sebab ia dah teruk. Tapi saya ambil keputusan untuk tidak melakukannya.

“Kalau saya buat juga akan kehilangan suara selama lebih lima bulan. Jadi, saya pilih untuk pulih secara sendiri.

“Bidang nyanyian adalah minat saya. Tambahan pula, ada banyak acara dan program yang saya perlu hadir,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Ismail memberitahu lagi bahawa doktor menasihatinya untuk menjaga pemakanan dan mengambil ubat agar tonsil tersebut segera pulih.

Menurut penyanyi ini, dia sudah menghidap tonsil sejak kecil lagi namun keadaan tonsilnya semakin teruk kerana kesalahan dirinya sendiri yang tidak menjaga pemakanan dan minuman.

“Buat masa ini, doktor suruh makan ubat, jaga pemakanan dan minum air masak dengan banyak.

“Supaya tonsil boleh baik dengan sendiri. Saya ada masalah tonsil sejak kecil lagi. Tapi semakin teruk disebabkan salah sendiri.

“Saya suka makan dan minum air yang tidak sepatutnya sehingga membuatkan tonsil berdarah,” ujarnya.

Pastinya dia sebagai seorang penyanyi dan penghibur, Ismail akan berasa bimbang jika aset penting bagi seorang penyanyi iaitu ‘suara’ mengalami masalah.

Kami di  Kakigosip mendoakan agar masalah tonsil yang dihidapi oleh Ismail akan segera sembuh.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.