Berita Terkini
recent

Iqram Dinzly Dikecam Selfie Di Pusara

Dua minggu lalu Iqram Dinzly telah menyampaikan berita sedih menerusi Instagram miliknya, memberitahu bahawa bapanya kini sudah tiada dan telah menghembuskan nafas terakhir.

Namun, baru-baru ini Iqram telah dikecam kerana memuat naik foto “selfie” di pusara bapanya yang baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar dan beberapa komplikasi lain.
Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Iqram, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan dirinya tersenyum di sebelah pusara tersebut dan kelihatan buku Yassin di samping batu nisan.

Ruangan komen di Instagram Iqram juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial. Perkongsian pelakon drama Janji Diana itu telah menerima lebih daripada 12,000 likes setakat ianya dimuat naik dua hari yang lalu.

Malah, Iqram turut mengundang pelbagai kritikan negatif daripada netizen.Rata-rata berpendapat perbuatan Iqram untuk “selfie” di tanah perkuburan adalah tidak sopan dan tidak wajar dilakukan.

Walaubagaimanapun, ada juga pengikut mempertahankan Iqram dan mengatakan apa salahnya pelakon itu untuk berkongsi foto itu dengan peminatnya.

Malah, tidak tahan dikritik, Iqram mula bengang dan membalas kembali komen yang dilemparkan kepadanya.

Dalam masa sama, Iqram berkata tindakannya itu tidak salahnya di sisi agama Islam dan tiada hukum yang melarang perbuatanya.

Bukan mudah untuk bergelar selebriti. Setiap tindak-tanduk pasti akan diperhatikan oleh peminat . Lagipun “Selfie” di pusara ataupun kawasan perkuburan adalah isu yang agak sensitif. Tidak semua perkara kita boleh kongsi di laman sosial kerana ia akan mengundang kritikan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.