Berita Terkini
recent

Iqa mentor Derita Sakit Tulang Belakang Kronik

Masihkah anda ingat dengan penyanyi bernama Iqa Mentor, protege kepada Edry Abdul Halim bagi program realiti Mentor 5 yang turut bersaing bersama Salma Asis (Mentor- Erra Fazira) dan Shiha (Mentor- Allahyarham Datuk Sharifah Aini).

Bukan itu sahaja, Iqa atau nama sebenarnya, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Noor, 31 juga pernah popular dengan lagu Di Penghujungya.

Namun, kini Iqa mentor sedang terlantar sakit di hospital sejak bulan Jun lepas akibat sakit tulang belakang bengkok, penyakit urat saraf kronik dan gangguan otot.

Lebih parah lagi apabila Iqa sudah tidak mampu menguruskan dirinya dan hanya bergantung hidup dengan suaminya, Raja Azlan.

“Pergerakan saya terhad. Kalau dapat berdiri sekalipun untuk seketika saja seperti mandi. Makan pun sekarang suami yang suapkan,” Ujar Iqa kepada sebuah portal online.

Iqa disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak tujuh bulan yang lalu. Namun, ketika itu, dia masih dapat melakukan pergerakan kecil meskipun terbatas.

Bagaimanapun, menurut Iqa dia tidak mahu menagih simpati ramai, tetapi dia terpaksa akur apabila penyakitnya telah diketahui umum apabila penggiat industri hiburan tanah air telah menghebahkan beita ini dengan tujuan dan niat yang baik untuk membantu beliau.

Dalam masa sama, ramai teman selebriti memuat naik gambar Iqa sedang terlantar sakit di hospital termasuk rakan seperjuangannya ketika program Mentor, Shiha Zikir yang turut memuat naik gambar bantuan kecemasan buat Iqa.

Ruangan komen di Instagramnya juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang mendoakan penyanyi itu kembali sembuh seperti sedia kala.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar kesihatan Iqa agar kembali pulih seperti sediakala.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.