Berita Terkini
recent

Ini Antara Sebab Keluarga Kardashian Popular

Kecoh atmosfera hiburan dunia apabila khabarnya, Kylie Jenner dikatakan sedang mengandung empat bulan, meski usianya baru mencecah 20 tahun. Beberapa minggu selepas tularnya kisah tersebut, kakak tirinya pula, Khloe pula turut dilaporkan berbadan dua. Boleh dikatakan, apa sahaja yang berlaku terhadap keluarga selebriti popular dunia ini akan menjadi buah mulut ramai. Masakan tidak, pelbagai kisah sensasi keluarga ini mendapat perhatian netizen, lebih-lebih lagi apabila siri realiti mereka, Keeping Up With The Kardashian’s menyambut ulang tahun ke-10 tahun ini.
Terkenal kerana Robert Kardashian

Keluarga ini mulai menempa nama sebagai keluarga selebriti popular apabila Robert Kardashian menyertai pasukan penguambela di dalam kes pembunuhan melibatkan pelakon dan ahli sukan popular, O.J Simpson. Liputan meluas yang diberikan terhadap kes berkenaan sekitar awal 90-an lalu turut terpalit kepada ahli keluarga Kardashian yang lainnya.

‘Drama’ dalam drama

Bagi para peminat siri TV realiti mereka, pasti ada yang dapat mengagak bahawa ada sesetengah adegan atau ‘drama’ yang berlaku di dalam keluarga mereka sepeti direka atau diadakan-adakan. Sejak ditayangkan pada 14 Oktober 2007, pelbagai kisah berlaku, hingga menarik minat netizen untuk mengikutinya daripada musim ke musim. Ibu mereka, Kriss Jenner khabarnya menjadi individu paling berpengaruh di dalam ‘menetukan’ apakah drama yang perlu dilakukan anak-anaknya, demi mengaut keuntungan seterusnya mendapat rating tinggi.

Raih pendapatan tertinggi

Seiring dengan rating dan perhatian yang bukan calang-calang terhadap siri TV tersebut, Kim Kardashian dikatakan mendapat bayaran paling tinggi di kalangan adik-beradiknya yang lain untuk tampil di dalam siri berkenaan. Difahamkan, Kim dibayar lebih 10 juta USD untuk tampil di dalam rancangan tersebut dan amaun itu akan bertambah sekiranya produksi mahukan suaminya, rapper Kanye West untuk tampil di dalam program itu.

Cicin tunang antara termahal

Kim Kardashian mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Kanye West di dalam sebuah majlis tertutup. Bukan hanya majlis eksklusif itu mendapat liputan paparazzi, namun kisah dibalik majlis tersebut juga turut menjadi tular. Antaranya ialah cincin tunang dari Kanye buat Kim yang dikatakan berharga lebih 3 juta USD. Pasangan yang kini sudah dikurniakan dua cahaya mata ini juga turut diabadikan sebagai penghias muka depan sebuah majalah fesyen terkemuka. Bagaimanapun, tindakan editorial majalah tersebut menampilan mereka sebagai cover lengkap dengan tanda palang #WORLDSMOSTTALKEDABOUTCOUPLE turut mendapat reaksi berbelah bahagi netizen.
Powered by Blogger.