Berita Terkini
recent

Indah Ruhaila kena kecam

PENYANYI Indah Ruhaila, 30, menjadi mangsa kecaman seorang pelayar Facebook yang mendakwa dia curang dengan bekas tunangnya hingga mereka putus tunang.


Dalam status Facebook berkenaan, individu terbabit tidak meletakkan nama Indah tetapi memberi bayangan ia ditujukan kepada Indah.

Antaranya ‘minggu lepas dah tersingkir’ yang merujuk kepada program realiti AF Megastar yang disertai Indah selain ‘hashtag’ #penyanyipasirgudangperasan yang menyakinkan netizen bahawa ia adalah Indah.

Bagaimanapun, Indah ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Saya minta maaf. Buat masa sekarang saya tak mahu cakap apa-apa mengenai perkara itu. Saya tak mahu isu ini menjadi lebih panjang dan serabut. Allah maha berkuasa dan Dia lebih mengetahui segala-galanya,” katanya.

Dalam status Facebook yang sama, individu terbabit turut meminta Indah dan keluarganya membayar semula wang yang dipinjam daripada bekas tunangnya, duit sewa dewan dan sebagainya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Indah mengesahkan dia sudah putus tunang sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, Indah enggan mengulas mengenai punca perpisahan dengan bekas tunangnya yang dikenali sebagai Mr R itu bagi menjaga hati kedua belah pihak.

Dalam masa sama, Indah juga menafikan gosip dia menjalin hubungan dengan jurulatih gimnasium sebagai punca putus tunang.

Indah mengikat tali pertunangan seminggu sebelum memasuki program Akademi Fantasia pada 2013 dan sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Mac lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.