Berita Terkini
recent

Indah Ruhaila Hanya Di Suku Akhir

Peringkat suku akhir AF Megastar menyaksikan peserta dari program Akademi Fantasia 2013 iaitu Indah Ruhaila tersingkir pada pertandingan yang diadakan di Royal Theater di sini malam Ahad.

Penyingkiran itu sekali gus menggagalkan Indah, 32, untuk bertanding peringkat separuh akhir pada minggu hadapan.

Pada malam suku akhir ini, Indah menyampaikan lagu nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma iaitu Mari Jalan Bersama, Gelora dan Bila Larut Malam.

Dua lagi peserta yang turut berada dikedudukan terendah pada minggu ini adalah Syamel dan Shahir.

Dalam pada itu, Amir Jahari dipilih sebagai juara mingguan hasil daripada persembahan mantapnya menerusi lagu nyanyian asal Datuk Zainal Abidin iaitu Orak Arek dan Kau Di Hatiku.

Ini bermakna tujuh lagi peserta iaitu Idayu, Syamel, Bob, Marsha, Shahir, Amir dan Amir Jahari layak ke peringkat separuh akhir minggu hadapan.

Pada konsert minggu kelima itu menampilkan tema Ikon (Mash Up).

Kesemua persembahan peserta dinilai oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Puan Sri Tiara Jacquelina.

Juri profesional mewakili 60 peratus markah manakala selebihnya undian peminat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

AF Megastar disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan ia dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi.


Powered by Blogger.