Berita Terkini
recent

Idayu Tak Pernah Dapat Pujian Itu

KETIKA diberi 'standing ovation' oleh Datuk Ramli Ms dan ruang dewan dipenuhi tepukan gemuruh, penyanyi Idayu dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, 32, berkata dia tidak menyangka dapat menerima pujian seperti itu sepanjang 12 tahun dalam industri seni.

"Apabila saya diberi 'standing ovation' oleh Datuk Ramli MS dan dapat tepukan gemuruh daripada peminat membuatkan hati saya sedih.

"Saya tidak dapat menahan air mata mengalir. Tambahan pula, Datuk Ramli kata dia tidak pernah beri tepukan sambil berdiri pada sesiapa.

"Sepanjang karier saya tak pernah dapat sokongan dan pujian seperti itu," kata Idayu.

Idayu diberi pujian tersebut selepas dia mempersembahkan lagu Kerna Ku Sanggup berduet bersama penyanyi Azharina dalam AF Megastar peringkat separuh akhir di Shah Alam malam Ahad lalu.
Ramli turut membuat pengakuan Idayu penyanyi pertama yang mendapat penghormatannya selama kerjaya dia dalam bidang seni.

Dalam pada itu, Idayu tidak meletakkan dirinya sebagai juara biarpun ramai pihak menjangka dia akan merangkul gelaran tersebut.

"Saya tak pernah letakkan diri sebagai juara. Dapat sampai ke peringkat akhir ini pun dah cukup.
"Saya berusaha keras untuk mencapai tahap ini. Daripada saya ini bukan sesiapa, orang tak kenal siapa saya.

"Sekarang saya kena usaha untuk buat orang kenal," ujarnya.

Pada pusingan akhir yang akan berlangsung pada 22 Oktober ini, finalis diberi dua tugasan di mana mereka akan menyanyikan lagu baru dan lagu pilihan.

Menurut Idayu, dia masih belum memilih lagu yang sesuai namun sudah mempunyai beberapa buah lagu baru ciptaan suaminya, Shahrul Fadzil.

Selain Idayu, empat lagi artis ke pentas final pertandingan itu ialah Syamel, Shahir, Marsha dan Bob.
Juara AF Megastar akan membawa pulang wang tunai RM100,000.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.