Berita Terkini
recent

Hormati Aishwarya Rai, Big B Hanya Sambut Hari Jadi

Tidak seperti tahun-tahun sudah, pesta Deepavali tahun ini dirai keluarga besar Amitabh Bachchan, 75, secara seadanya tanpa pesta meriah mahupun ratusan undangan.



Ia disebabkan Aishwarya Rai yang merupakan menantu lagenda Bollywood itu, masih lagi bersedih atas kehilangan ayah tercinta, Krishnaraj Rai yang meninggal dunia beberapa bulan lalu.

Disebabkan itu keluarga Bachchan memilih untuk tidak merayakan Diwali yang di sambut seluruh penganut agama Hindu, semalam .

Memetik laporan Pinkvilla, keluarga Bachchan hanya berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama di rumah mereka dan tidak mengundang mana-mana tetamu.

Walaupun tidak menyambut pesta Diwali, keluarga tersebut memilih untuk merayakan ulang tahun Amitabh Bachchan sahaja yang jatuh pada 11 Oktober lalu. Mereka sekeluarga bercuti di Maldives.

Sementara itu, keputusan Amitabh Bachchan yang tidak menyambut Deepavali secara penuh meriah kali ini mendapatkan banyak pujian dari masyarakat India.

Rata-rata netizen terharu dengan tindakan figura yang cukup popular dengan jolokan Big B ini kerana beliau menunjukkan rasa sayang pada besannya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.