Berita Terkini
recent

Hi Cutie Kumpulan Kpop Termuda


SEMENJAK akhir-akhir ini, lambakan kumpulan kpop semakin banyak membanjiri industri hiburan di Korea Selatan.

Terbaharu sebuah kumpulan baharu iaitu Hi Cutie menjadi perhatian peminat yang kagum dengan bakat dan wajah comel dimiliki oleh setiap anggotanya.

Bagaimanapun peminat terkejut apabila mengetahui kerana kumpulan itu membariskan kanak-kanak berusia dari 11 hingga 14 tahun.

Usia mereka yang masih muda itu menjadikan Hi Cutie adalah kumpulan kpop paling muda dalam sejarah muzik Korea Selatan.

Mereka dianggotai lima ahli iaitu Yoo Jin, Yoon Jung, Ha Young, Eun Jun dan Chae Rin.

Koreaboo melaporkan baru-baru ini mereka melancarkan lagu pertama berjudul Play U dan ia mendapat sambutan hangat peminat.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.