Berita Terkini
recent

Hati Emma Maembong Terluka Kerana Kamal Adli?

Baru-baru ini rancak menyatakan adanya cinta lokasi antara pelakon Kamal Adli dengan pasangan heroin drama Duda Pujaan Dara, Zahirah Macwilson.

Disebabkan itu, ramai yang menganggap status terbaru pelakon yang juga kekasih Kamal, Emma Maembong dikatakan sedang terluka disebabkan pihak ketiga.

Adakah perhubungan antara Kamal dan Emma atau nama sebenarnya Che Fatimah Rohani Embong yang telah dibina sejak tiga tahun lalu akan berakhir?

Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila Emma dilihat kerap kali mengemaskini foto berserta pelbagai kapsyen yang meragukan di media sosial Instagram.

Terbaru, Emma telah menulis sepotong ayat seolah-olah hatinya sedang disakiti oleh seseorang.

“Sekali apabila seseorang sudah benar-benar menyakiti hati kamu, ia akan selamanya berbekas dalam fikiran walaupun masih terukir senyuman di wajah,” tulisnya dalam kapsyen asal bahasa Inggeris.
Entri itu menyebabkan ribuan pengikutnya di Instagram telah membuat andaian sendiri dengan menyatakan hubungan antara Emma dan watak utama drama Duda Pujaan Dara itu sedang bergoyah.


Malah, ada juga yang menasihati gadis kelahiran Terengganu itu untuk tidak tergopoh-gapah mengambil keputusan dengan mendengar daripada pihak ketiga.

Bagaimanapun, tidak dipastikan hubungan pasangan itu kerana sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada mereka berdua.

Kakigosip berharap agar hubungan Emma dan Kamal baik-baik sahaja dan diharap agar Emma dapat mejelaskan perkara sebenar secepat yang mungkin agar tidak timbul kontroversi lain.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.